warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Datangkanlah Seorang Pemimpin







Datangkanlah Seorang Pemimpin




Datangkanlah Seorang Pemimpin

 

Alangkah susahnya mengamalkan Islam dan memperjuangkannya di akhir zaman

Penentang-penentang kebenaran sama ada secara individu

mahupun secara jemaah mereka menentang atas nama Islam

Mereka menentang dan menghalang kononnya untuk memurnikan Islam

Sedangkan di akhir zaman umat Islam

rosaknya mereka telah merata dan semua aspek pula

Yang membawa kebenaran terlalu sedikit,

ibarat antah di dalam beras

Akibat dari itu pembawa kebenaran dianggap sesat,

yang ramai, dianggap membawa kebenaran

Tidak seperti di zaman Rasulullah dan para Sahabat,

penentang-penentang kebenaran adalah bukan orang Islam

Oleh itu kebenaran dan yang bukan kebenaran,

kedua-duanya terserlah

Kebenaran mudah difaham dan kesesatan pula jelas dan terang

Umat Islam di waktu itu tidak terkeliru

Aduh! Susah dan sulit sekali memperjuangkan Islam di akhir zaman

Kerana penentang-penentangnya dari kalangan umat Islam sendiri

terutama dari pihak pemerintahnya

Lebih-lebih lagi jemaah perjuangan yang menggelarkan jemaahnya

memperjuangkan Islam di akhir zaman terlalu banyaknya

Orang-orang Islam awam yang sudah jahil dengan ajaran Islam terkeliru dibuatnya

Maka umat Islam pun bertambah berpecah-pecah,

akhirnya berbalah dan membawa peperangan yang memusnah

Wah! Hendak pulihkan semula amat susahnya,

hendak lihatkan kebenaran sulit benar

Ditambah lagi pula kerosakan itu telah berlaku merata-rata kepada ulama-ulamanya

Ulama-ulama yang sudah rosak itulah yang menjadi penentang dan penghalang

Lagilah orang ramai bertambah terkeliru dan bingung di dalam mencari kebenaran

Tuhan! Segerakanlah lantiknya pemimpin yang Engkau tunjuk untuk penyelesaian

Di awal kurun ini Engkau ada berjanji

ada pemimpin yang Engkau datangkan

Datangkanlah segera Tuhan, janganlah berlama-lama

Umat telah rosak binasa.

 

4.12.2002

Selepas Subuh

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer