warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Contohilah Pejuang Yang Hakiki







Contohilah Pejuang Yang Hakiki




Contohilah Pejuang Yang Hakiki

 

Engkau melolong ke sana, melolong ke mari

Meraung ke sana, meraung ke sini

Sakit hati dengan orang yang menzalimimu

Engkau lahirkan rasa kemarahan

Engkau nyatakan kebencian merata negeri

Engkau ajak orangramai menyokongmu

Di mana kesabaranmu?!

Lebih-lebih lagi di mana keredhaanmu?!

Bukankah hakikatnya ujian itu dari Tuhanmu

Ertinya engkau marah kepada Tuhan

Engkau isytihar kepada orang: Aku tenang

Tapi sikapmu menunjukkan kegelisahan jiwamu

Percakapanmu menyatakan ketidaktenangan jiwamu

Engkau isytihar dirimu pejuang

Pejuang yang sejati sabar dengan ujian

Redha dengan ketentuan

Pejuang yang hakiki lebih suka membaiki diri daripada menyalahkan orang

Pejuang yang sebenar lebih memandang kesalahan sendiri daripada kesalahan orang

Engkau tidak belajarkah dengan sejarah?!

Bagaimana para-para rasul diuji

Lebih dahsyat yang mereka terima daripada kamu

Tapi mereka memohon ampun kepada Tuhan

Mereka menyalahkan diri sendiri

Selepas itu mereka mendapat pembelaan daripada Tuhan

Sekarang orang makin kenal siapa kamu

Makin banyak cakap makin orang kenal dirimu

Tidak payah orang lain mengatamu

Sikap kamu sendiri yang mengata kamu

Tapi kamu tidak sedar

Orang ramai yang berfikir boleh menilainya

 

7.4 99

Selepas Asar 3

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer