warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Ciri Ciri Ahli Jemaah Kebenaran







Ciri-Ciri Ahli Jemaah Kebenaran





Ciri-Ciri Ahli Jemaah Kebenaran

 

Hendak takutkan Tuhan lebih-lebih lagi cinta kepada-Nya tidak mudah

seperti yang dikata

Taat kepada pemimpin juga tidak mudah semua pengikut setia

Mungkin yang ringan-ringannya mudah ikut, yang berat tidak mudah diterima

Hendak berkorban gila-gila  berhabis-habisan mudah  dicerita payah dikota

Berkorban termasuk perjuangan

Tidak sanggup berkorban, ertinya bukanlah perjuangan

Tidak sanggup berkorban itu hanya menumpang

Hendak ikut semua prinsip jemaah bukan mudah sekalipun faham

Yang ringan, yang tidaklah merugikan sangat dunianya, kita sangguplah

Yang rasa merugikan paling baik mestilah teragak-agak

Berjalan atau berbuat separuh hendak

Masih berbelah bagi, masih teragak-agak

Kerana itulah setengah ahli sulit melaksanakan prinsip jemaah

Setengah ahli lagi masih sebahagian sahaja prinsip dapat dilaksana

Kerana itulah di dalam jemaah kebenaran daripada masa ke semasa

ditapis agar dapat yang pure

Tuhan hendak memberi kemenangan secara total atau global

bukan kerana pengikut yang banyak

Kemenangan yang diberi di waktu pengikut sedikit yang berkualiti

Kualiti itu adalah iman dan taqwa tapi tidak nampak

Cukup minda yang diberi oleh pemimpin jemaah

Taat setia kepada pemimpin yang tidak berbelah bagi

Bertanggungjawab kepada tugas yang diberi

Ruhbanunbillail wafursanunbinnahar berlaku setiap hari

Berkorban berhabis-habisan untuk Tuhan melalui jemaah seolah-olah membakar diri

Bekasih sayang sesama ahli laksana adik-beradik seibu seayah

Tidak ada kepentingan diri bahkan sanggup menyusahkan diri kerana prinsip jemaah

Fikiran di kalangan ahli selari, perasaan sama serasa

Kalau ada kesalahan dan kelemahan sesama ahli boleh maaf-bermaafan

Sabar apabila berhadapan dengan ujian yang mencabar

Kalau ada yang keliru di dalam jemaah tidak bertindak sendiri atau mentafsir sendiri

tapi dirujuk kepada pemimpin sendiri

Jika ada sesetengah hal berlaku kegagalan masing-masing koreksi diri

Masing-masing melihat dosa sendiri bukan menuding jari

Apabila di setengah hal mendapat kemenangan atau kejayaan malu dengan Tuhan

Dia bertasbih memuji Tuhan dan meminta ampun kepada Tuhan

Kejayaan atau kemenangan yang dicapai tidaklah bersorak, terlonjak-lonjak kesukaan

Setiap orang lebih memikirkan diri daripada melihat diri orang

Tapi kalau dia nampak kesalahan kawan tidak pula menghina tapi menasihati

Itulah dia sebahagian daripada ciri-ciri atau sifat-sifat ahli yang berkualiti

Ciri-ciri ini apakah mudah didapati di dalam jemaah?

Tentulah tidak semudah hendak dikota sekalipun boleh cerita

Kerana itulah perjuangan kebenaran lambat menang, tanpa melalui perjuangan yang panjang sejak dahulu tapisan demi tapisan terjadi

Akhirnya ia akan terjadi juga, kemenangan pun diberi

 

15.9.2004 1

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer