warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Cintailah Manusia Atas Dasar Cintakan Tuhan







Cintailah manusia atas dasar cintakan Tuhan




Cintailah manusia atas dasar cintakan Tuhan

 

Alangkah indahnya berkasih sayang sesama kita,

yang ada hubungan cinta dengan  Tuhan

Kasih sayang begini adalah murni

Insya-Allah kekal abadi sepanjang hayat hingga sampai mati

Kasih sayang sesama kita itu menjadi kuat,

kerana diikat oleh kecintaan dengan Tuhan

Faktor Tuhanlah kasih sayang di antara dua insan atau di antara sesama manusia

kekal abadi dan murni

Kasih sayang sesama manusia kalau mahu kekal,

hubungan cinta dengan Tuhan kenalah kekal

Kasih sayang yang begini ia adalah sejati, sampai ke mati

Kasih sayang yang tidak diikat dengan kecintaan kepada Tuhan, cinta palsu

Biasanya tidak kekal, tidak sampai ke mati

Sekalipun suami isteri

Kalau kekal pun kerana keadaan memaksa, indahnya tiada

Kasih sayang adik-beradik atau sanak saudara pun pudar

jika pengikatnya tiada iaitu cintakan Tuhan

Cintakan Tuhanlah rahsia cinta sesama manusia kekal abadi dan murni

Cintakan Tuhanlah  pengikat kasih sayang hingga berpanjangan

Susah hendak diputuskan, payah sekali hendak dihilangkan

Cintailah manusia atas dasar cintakan Tuhan,

ia bersih, murni dan sejati kekal abadi

 

28.5.2003 3

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer