warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Cinta Yang Berbagai Bentuk







Cinta Yang Berbagai Bentuk





Cinta Yang Berbagai Bentuk

 

Cinta seseorang pada seseorang berbagai bentuknya

Atau seseorang jatuh hati pada seseorang berbagai-bagai sifatnya

Adakalanya cinta pada seseorang cinta bersifat nafsu

Seperti cinta seorang laki-laki pada perempuan atau sebaliknya

kerana kecantikannya atau ketampanannya

Ada cinta fitrah semulajadi seperti cinta anak kepada ibu dan ayahnya

Sekalipun ibu dan ayahnya cacat, buruk, bodoh dan sebagainya

Ada cinta pada seseorang kerana akhlak mulianya, kasih sayang dan budi bahasanya

Sekalipun orang itu tidak cantik ia bersifat maknawi dan rohani

Ini payah berlaku di zaman ini

Mana ada orang yang berakhlak mulia, berkasih sayang dan baik budi bahasanya?

Ada orang jatuh hati pada seseorang kerana pertolongannya

Sekalipun orang itu rupanya buruk mungkin di sudut-sudut lain banyak cacat celanya

Namun di sudut pertolongannya  yang sering berlaku orang jatuh hati juga

Ada orang jatuh cinta pada seseorang kerana dia seorang pejuang bangsa,

negara dan agama

Sanggup berkorban dan terkorban

Ramai orang jatuh hati kepadanya kerana jasanya

Orang ramai merasakan dia adalah penyelamat dan pembela

Ada orang jatuh hati pada seseorang kerana susah dan penderitaannya

Dia terbiar namun dia sabar dan tahan menderita

Ramai orang yang simpati kepadanya

Ada orang jatuh hati pada harta seseorang bukan pada orangnya

Daripada cinta yang berbagai-bagai bentuknya ini yang selalu berlaku adalah cinta nafsu

Kerana terpengaruh dengan kecantikan seseorang

Terpengaruh dengan perkara-perkara luarannya

Cinta macam ini jangka panjang amat bahayanya

Cinta ini payah kekal

Apabila kecantikannya hilang atau akhlaknya buruk sangat

maka hilanglah kasih kepadanya

Cinta yang sejati lagi hakiki cinta seseorang kepada seseorang

kerana sama-sama cintakan Tuhan

Cinta ini adalah ikhlas lagi murni

Biasanya ia kekal sampai mati

 

29.7.2004 1

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer