warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Carilah Rezeki Yang Halal







CARILAH REZEKI YANG HALAL




Carilah Rezeki Yang Halal

 

Kalau hendak berniaga,berniagalah secara halal

Berniaga barang keluaran kita atau berniaga barang keluaran bangsa

Janganlah berniaga menjual muka atau berniaga menjual suara

Lebih-lebih lagi jangan berniaga maruah diri kita untuk komersial

Menjual muka atau maruah diri bukan satu kemajuan

Bahkan tidak akan boleh jadi jutawan yang dibanggakan

Ia bukan produk bangsa dan negara yang menggembirakan

Bangsa dan negara tidak akan maju dengan menjual maruah peribadi atau muka

Berniaga menjual muka dan maruah diri,bangsa dan negara tidak dapat apa-apa

Ia tidak akan menjadi bangsa dan negara yang kuat

Bahkan ia bukan satu kemajuan yang boleh dibanggakan oleh bangsa dan negara

Lebih-lebih lagi dengan itu tidak boleh mencabar dunia.

Menjual muka atau maruah diri janganlah dianggap kemajuan bangsa dan negara

Bukan secara itu bangsa dan negara menjadi maju

Kemajuan itu bangsa yang dapat mengeluarkan barang-barang buatannya

ekonomi bangsa dan negara akan menjadi maju dan kuat

Carilah rezeki melalui jalan lain bukan menjual maruah diri

Banyak jalan-jalan yang halal kalau kita bangsa yang bermaruah tinggi

Janganlah ikut jalan yang sempit lagi tidak bermoral

Jalan yang bangsa dan negara boleh menjadi maju dan dihormati

 

Menjelang tidur,

16/12/2002

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer