warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Carilah Pahala Yang Mudah







Carilah Pahala Yang Mudah




Carilah Pahala Yang Mudah

 

Di samping ibadah yang berat lagi khusus, carilah pahala atau keredhaan Allah yang mudah

Bertemu orang Islam berilah salam sebagai mendoakannya

Senyumlah selalu apabila bertemu, ia dianggap sedekah

Apabila keluar rumah, niat hendak membuat berbagai-bagai kebaikan seperti ziarah atau khidmat

Tidak sampai maksud pun tidak mengapa, ia tetap diberi pahala

Hadis ada memberi keterangan, niat orang Mukmin itu lebih baik daripada amalannya

Apabila membawa kereta di simpang-simpang jalan berilah laluan kepada orang lebih dahulu

Ia diberi pahala kerana mengutamakan orang daripada diri sendiri

Kesalahan kawan maafkan sahaja walaupun tidak diminta

Amat besar pahalanya, bahkan menggembira kawan pula

Duri-duri atau benda-benda yang menghalang di jalan dibuang segera

Ia memberi mudah orang ramai lalu-lalang dengan tidak merbahaya

Ia diberi pahala sama dengan orang yang bersedekah

Waktu tidur malam niatlah hendak bangun beribadah

Pahala tetap diperolehi sekalipun tidak sempat bangun kerana terlajak tidur

Ia tetap diberi pahala kerana niatnya suci

Berpakaian, niat bercantik-cantik kerana Tuhan itu cantik

Di sini pahalanya tetap ada

Yang salah itu, berpakaian kerana bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk

Yang sebenarnya untuk mendapat pahala atau keredhaan yang mudah terlalu banyaknya

Tanpa memerlukan korban masa atau harta

Tapi kita telah mensia-siakannya

 

Lepas Zuhur

17.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer