warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bukan Semua Mampu Berjuang







Bukan Semua Mampu Berjuang




Bukan Semua Mampu Berjuang

 

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran

Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam

Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa kecuali kesusahan dan penderitaan

Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah

Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang

Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar

Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang

Orang yang setia dan telah menjual dunianya untuk Tuhannya sahaja yang tahan

Orang yang memandang Akhirat itu besar, dunia itu amat hina

Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik

Berjuang adalah berkorban, berkorban, terkorban

Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan

Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran, memerlukan kesabaran

Berjuang adakalanya terbuang, tidak kurang juga ke penjara

Kemuncaknya mati dibunuh orang

Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin

Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang

Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari bertempiaran

Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima

Orang datang pula kembali berjuang

Apabila di waktu disanjung orang, kita pun macam singa garang

Apabila mendapat kesusahan lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan

Nanti apabila terasa kena tipu, perjuangan diterima orang datang pula merayu-rayu ingin bersama

Ini bukan pejuang sejati dan hakiki

Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin

Di waktu susah dan senang

Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri

Mengatur strategi dan menunggu peluang

Bukan lari kerana menentang

Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran

 

Lepas Zuhur

25.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer