warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bukan Pejuang Agama Bangsa Dan Negara







Bukan Pejuang Agama Bangsa Dan Negara





Bukan Pejuang Agama Bangsa Dan Negara

 

 

Tiada siapa yang boleh mengaku ban negaraahawa dialah orang yang paling cinta dengan agama, bangsa d

Pengakuaan sahaja tidak cukup bukti

Kerana yang mengaku itu lidah, lidah tidak bertulang dia boleh bercakap sesuka hati

apa yang hendak dicakapkannya

Hati siapa tahu!

Kemahuan hati yang punya diri sahaja yang tahu, orang lain mana tahu

Kejahatan hati yang telah dirosakkan oleh nafsu, takkan lidah hendak memberitahu

Siapa mahu membuka tembelangnya sendiri

Adakalanya lidahlah yang berusaha menutup-nutup kejahatan hati

Bercakap untuk yang muluk-muluk sahaja untuk menutup kejahatan hati

agar orang percaya dan simpati

Ertinya lidah tidak boleh dipercayai selagi tidak ada bukti

Orang yang cinta agama, bangsa dan negara ini manusia luar biasa

Orang yang berjiwa besar dan ada cita-cita dari didikan dari kecil lagi

kasihkan ketiga-tiganya baru ada

Kalau tiba-tiba secara mendadak sahaja cinta agama, bangsa dan negara

tidak munasabah adanya

Ia berlaku segalanya adalah hasil didikan dari kecil baru ada cita-cita setelah dewasa

Kalau bukan hasil didikan biasanya cita-cita manusia ialah makan minum, kahwin,

rumah tangga, pakaian, senang, kaya, selesa

Apa yang telah disebutkan tadi tidak payah bersekolah ia adalah fitrah semulajadi

setiap manusia

Berjiwa besar dan bercita-cita besar mestilah hasil didikan dari kecil lagi

Kalau bukan hasil didikan, berkelulusan tinggi pun dan ada berjawatan tinggi pun

cita-cita besar ini tidak mungkin ada

Kerana itulah kalau orang yang berjuang itu bukan hasil didikan dari kecil

agama, bangsa dan negara itu akan diperjudikan untuk tujuan peribadi

Walau pun slogannya, ‘Mari kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara’

Bukankah orang yang berjuang katanya untuk bangsa, semakin kaya?!

Apatah lagi kalau ada jawatan di dalam negara, hidup mewah jadi budaya menjolok mata

Ada juga hasil berjuang jadi korporat, dapat kemudahan dari negara lagilah kaya

Setelah jadi korporat besar atau jutawan, jika negara susah mana dibantunya

padahal dia kaya dari bantuan negara

Bukan sahaja tidak membantu negara, hendak keluarkan cukai pun amat payahnya

Orang yang ada cita-cita agama, bangsa dan negara sanggup susah dan menderita

Biar agama, bangsa dan negara mulia dan megah dia terhina tidak mengapa

Kerana agama, bangsa dan negara seseorang itu sanggup susah

Apa yang berlaku sekarang orang yang berlagak konon cintakan agama, bangsa

dan negara itulah yang ramai

Kalau dilihat peribadinya sangat memalukan

Akhlaknya tidak menggambarkan cintakan agama, ibadah pun cuai, pemurah tiada

Hendak dikatakan cintakan bangsa, peribadi kaya, bangsa menderita

Hendak  dikatakan cintakan negara, harta negara menjadi rebutan,

hingga bermusuh sesama seperjuangan

Kekayaan dan aset negara disalah guna, rasuah menjadi budaya

Oleh itu bercakap, berslogan, berjanji, mengaku sahaja tidak boleh dipegang

Kita mahu lihat buktinya pada sikap dan perbuatan,

bukan pada slogan dan percakapannya

 

 

19.6.2004 – 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer