warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Buatlah Apa Sahaja Kerana Tuhan







Buatlah Apa Sahaja Kerana Tuhan




Buatlah Apa Sahaja Kerana Tuhan

 

Carilah  pangkat  bukanlah satu kesalahan

Tapi  biarlah kerana Tuhan dan untuk Tuhan

Mencari pangkat  kerana Tuhan  kepentingannya untuk insan

Dari sini boleh timbulkan kasih sayang

Carilah kekayaan  supaya dapat diagih-agihkan  sesama insan

Tidak semua insan  mendapat kekayaan

Yang  tidak dapat dibela oleh orang-orang kaya

Di sini boleh  menjalinkan  kasih sayang sesama yang tidak  punya

Carilah  ilmu  ia adalah satu kewajipan

Carilah ilmu atas nama Tuhan, untuk Tuhan

Faedahnya nanti  dapat di manfaatkan sesama insan

Ia juga boleh  melahirkan kasih sayang

Tidak salah jadi  pemimpin, ia  diperlukan

Untuk membela  rakyat  semua lapisan

Tidak ada pemimpin  rakyat tidak ada pembelanya

Terdedahlah rakyat kepada  kesusahan, orang jahat  ambil kesempatan .

Carilah apa sahaja, buatlah apa sahaja

Asalkan di halalkan oleh  Tuhan  dan  undang-undang

Setiap apa sahaja dibuat, kalau kerana Tuhan

Semua golongan akan jadi selamat  dan menyelamatkan

Kalau buat apa sahaja  bukan kerana Tuhan

Masing-masing nanti  akan mengambil  kesempatan

Mengambil kesempatan  berlaku kemarahan Tuhan

Di sini juga akan berlaku  perpecahan dan  permusuhan

 

27.5.2004 - 1

Menjelang Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer