warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bila Tuhan Bukan Matlamat







Bila Tuhan Bukan Matlamat





Bila Tuhan Bukan Matlamat

 

Kalau Tuhan bukan lagi matlamat buruan cinta oleh umat Islam

Cinta yang diburunya adalah yang bersifat keduniaan semata-mata

Seperti kekayaan, pangkat, harta, betina, ilmu dan nama

Maka berlakulah saingan, perlumbaan, cabaran, akhirnya iri hati, hasad dengki pun berlaku di kalangan umat Islam

Lalu terjadi jatuh-menjatuhkan

Sama ada terang-terangan mahupun secara senyap-senyap

Yang dapat menjadi bangga, yang tidak dapat rasa terhina

Hidup nafsi-nafsi pun berlaku di kalangan umat Muhammad

Maka saat perpecahan pun berlaku di kalangan satu etnik atau bangsa

Di antara satu negara dengan satu negara

Dunia terus diburu, didikan di kalangan manusia tidak berlaku

Kalau ada pun hanya menerima ilmu semata-mata

Jiwa manusia pun terus punah

Peri kemanusiaan pun musnah

Di waktu itu berlakulah berbagai-bagai gejala masyarakat dan jenayah

Perkelahian, pembunuhan, rompak, curi,  pun jadi budaya

Zina, rogol, buang bayi perkara biasa merata-rata negeri dan negara

Di masa itu ketakutan pun berlaku di kalangan manusia tidak kira apa agama dan bangsanya

Keamanan tidak wujud di mana-mana sekalipun di rumah Allah

Kebimbangan berlaku di mana-mana

Hidup di kalangan manusia terseksa

Bagaikan bergaul dengan binatang buas

Kebahagiaan pun hilang, jiwa manusia terseksa

Untuk menangani masalah itu

Kenalah kembali memperjuangkan cintakan Tuhan di kalangan manusia

Jalan-jalan lain bukan caranya.

 

24.8.01

Jam 3 pagi

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer