warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bila Lagi Hendak Rasa Bertuhan







Bila Lagi Hendak Rasa Bertuhan




Bila Lagi Hendak Rasa Bertuhan

 

Wahai jiwa!

Bila lagi engkau hendak merasa bertuhan

Atas dasar ilmu engkau percaya

Tapi jiwamu tidak terasa Tuhan ada

Justeru itulah ke mana engkau pergi

Takut dengan Tuhan tidak ada

Padahal Dia telah berpesan takutkanlah akan-Nya di mana saja berada

Apabila rasa bertuhan tidak ada pada jiwamu

Sudah tentu rasa takut kepada Tuhan tidak ada

Rasa dilihat, rasa didengar, rasa diketahui, rasa dikuasai pasti tidak merasa

Wahai jiwa!

Bila lagi engkau hendak merasakan Allah itu Besar, Agung dan patut dicintai

Bila lagi engkau hendak khusyuk mengingati-Nya?!

Kebesaran Allah kan terserlah, mengapa tidak terasa?!

Kekuasaan Allah bukankah nampak dilihat, mengapa tidak gerun?!

Nikmat-Nya berlaku setiap detik, tidak nampakkah agar bersyukur?!

Bila lagi wahai jiwa engkau hendak memandang tembus?!

Bila lagi?! Bila lagi?! Masa tidak menunggu kita!

Dia tetap berjalan terus

Kalau kamu mati di dalam jiwamu lalai

Kamu tidak termasuk jiwa yang dipanggil oleh Tuhan:

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.  - Al Fajr: 27 - 30

Apabila engkau tidak dipanggil oleh Tuhan

Syurga tidak ada ruangan untukmu

Nerakalah bagimu, waliyazubillah

 

Selepas Asar

20.5.97 (12 Muharam 1418)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer