warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bila Dunia Hendak Jadi Syurga







Bila Dunia Hendak Jadi Syurga? 




Bila Dunia Hendak Jadi Syurga?

 

Tuhan! Bilakah dunia ini hendak Engkau jadikan syurga?

Mana pergi hati senang

Di mana saja bergaul hati tenang

Di mana saja berjumpa manusia dirasakan saudara atau keluarga

Berkelana di mana pun kita dipelawa

Pergi masuk kampung keluar kampung

Penduduk mengucapkan ahlan wasahlan

Singgahlah dulu saudara!

Ke kota tidak terasa asing

Berebut-rebut orang mempelawa ke rumahnya menjadi budaya

Di mana saja letak barang tidak akan hilang

Barang yang tercicir akan dipulang

Kehabisan bekalan ada orang yang menolong

Di mana saja kita tidur baring tidak ada yang akan menganiaya

Kaum ibu mengembara tiada yang menoda

Sakit pening diubati orang

Waktu kelaparan dijamu orang

Walhasil ke mana sahaja kita pergi tidak takut dan bimbang

Tuhan, Engkau dengarlah rintihan kami ini!

Istajib doaii

Terimalah doa kami!

 

Selepas Asar

24.4.97

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer