warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bertimbang Rasa







Bertimbang rasa






Bertimbang Rasa

 

Bertimbang rasa salah satu daripada sifat peri kemanusiaan

Bertimbang rasa, menimbang perasaan orang lain berdasarkan perasaan kita

Fitrah manusia adalah sama

Perasaan adalah fitrah manusia

Kalau kita sensitif dengan perasaan manusia, berdasarkan perasaan kita

Kita sangat bertimbang rasa kepada semua manusia

Untuk dapat difaham saya membawa beberapa contoh, berdasarkan perasaan kita

Kita kita tidak suka orang sombong dengan kita, sepatutnya kita tidak sombong pula

dengan manusia, mereka juga tidak suka

Orang bercakap kasar dengan kita, kita tidak suka, logiknya kita tidak suka bercakap

kasar dengan mereka

Kita tidak suka orang memerli-merli dan menyindir-nyindir kita, tentulah sepatutnya kita

tidak akan lakukan kepada manusia

Orang hasad dengki dengan kita, kita tidak suka, sepatutnya kita tidak suka berhasad

dengki dengan sesiapa

Begitu juga kita tidak suka orang menghina kita, kita juga sepatutnya tidak suka

menghina orang

Dibawa lagi beberapa contoh di sini

Di waktu kita susah, kita suka ada orang menolongnya, sepatutnya tentulah kita suka

pula menolong manusia

Kita suka orang memberi maaf  kepada kita, sepatutnya kita juga suka sekali

memberi maaf kepada mereka

Perasaan manusia sama

Orang pemurah kepada kita, kita suka, sepatutnya kita suka pemurah dengan

manusia

Orang boleh membuat baik kepada manusia lain berdasarkan dorongan perasaan

hatinya, kerana perasaan manusia sama

Itulah dia yang dikatakan tinggi perikemanusiaannya

Perlu diingat membuat baik atas dasar perkemanusiaan semata-mata pahalanya

tidak ada

Pahala didapati mesti perasaan dan dorongan itu atas dasar iman

Dia membuat kerana perintah Tuhannya yang Maha Esa lagi Maha Pengasih dan

Maha Penyayang

Seseorang itu baik berdasarkan peri kemanusiaan itu adalah baik berdasarkan fitrah

semulajadi

Kalau ia tidak ditunjang oleh iman pahalanya tidak ada, di Akhirat masuk Neraka

Oleh itu kebaikan itu biarlah berdasarkan iman bukan berdasarkan perikemanusiaan

atau perasaan

Di akhir zaman ini kebaikan atas dasar kemanusiaan pun sudah tidak ada

 

22.1.2004 3

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer