warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bersungguh Sungguh Baiki Diri







Bersungguh-Sungguh Baiki Diri





Bersungguh-Sungguh Baiki Diri

 

Marilah kita bersungguh-sungguh lagi membaiki diri

Betulkan lagi sembahyang dan bersihkan lagi mazmumah hati

Bagi para pejuang, sembahyang malam jangan ditinggalkan seolah-olahnya wajib

Lipat gandakan tenaga, banyakkan lagi pengorbanan apa sahaja

Jadikan Ikhwan sebagai saudara seibu sebapa

Fahamkan lagi minda dan hayati hingga jadi jati diri

Agar layak kita akan menerima Daulah tidak lama lagi

Patutnya kita berebut-rebut menerima peluang ini

Dengan mendekati Allah Taala setiap hari

Peluang ini bukan datang selalu di dalam sejarah

Ia adalah beratus-ratus tahun sekali

Awal kurun ini adalah rezeki kita yang kita tidak pinta

Sepatutnya kita tidak mengabaikan peluang ini

Kalau kita boleh memenuhi syarat-syaratnya kita termasuk orang yang menempa sejarah

Sejarah indah, Zaman Kegemilangan Islam Kali Kedua

Di dunia kita mendapat hadiah Daulah

Di Akhirat kita dapat masuk Syurga

Ingat-ingatkan sekali anak isteri kita

Agar sama-sama menunggu kedatangan kegemilangan Islam kali kedua

Dengan ikut serta membaiki diri

Sembahyang malam jadikan tradisi

Ikut serta berkorban habis-habisan apa yang ada

Demi mencukupkan syarat layak menerima Daulah yang dijanji

 

10.10.99

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer