warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bersatu Padu Bukan Hanya Slogan







Bersatu Padu Bukan Hanya Slogan





Bersatu Padu Bukan Hanya Slogan

 

Menyebut bersatu senang, melaksanakannya tidak senang

Bersatu secara agama amat payahnya

Bersatu satu bangsa pun tidak semudah yang dikata

Kita ajak bangsa bersatu, amalan kasta-kasta masih berlaku

Ada golongan bawahan, ada golongan pertengahan, ada golongan atasan

Setiap golongan ada kawasannya yang tersendiri

Masing-masing duduk di satu kawasan yang statusnya sama

Mana ada taman tempat tinggal semua golongan ada

Masing-masing hendak menjaga taraf dan status kedudukannya

Apatah lagi berkawan payah cari berkawan taraf yang tidak sama

Bertemu pun sesama status dan darjatnya

Golongan atasan sesama mereka

Golongan pertengahan sesama mereka pula

Golongan bawahan juga sesama golongannya sahaja

Payah bertemu, payah sejalan, payah sehaluan semua golongan

Setiap golongan pula walaupun duduk di satu kawasan

Masing-masing hidup sendirian satu sama lain tidak ada ikatan

Kecuali pertemuan yang terpaksa seperti ke majlis kematian

Bela-membela apatah lagi payah terjadi

Kalau ada pun berlaku terbatas sekali

Secara menyeluruh tak usah mimpi

Itu baru memperkatakan bersatu mengikut bangsa

Bersatu secara bangsa pun amat payahnya

Betapa pulalah bersatu secara agama

Payah terjadi, payah berlaku di dalam realiti

Di sini baru kita tahu bersatu payah berlaku

Mudah diperkata tidak mudah dikota

Bersatu mestilah melalui didikan dari kecil lagi

Bersatu mestilah ada pemimpin yang berwibawa yang mengikatnya

Dia laksana ibu bapa, guru dan kawan setia

Barulah boleh berlaku di dalam realitinya atau barulah terjadi

Kalau tidak bersatu itu hanya angan-angan bangsa sahaja

Bersatu bukan boleh sekadar berslogan dan menggesa-gesa

Ia berlaku melalui satu sistem yang diperjuangkan dari jiwa

Diperjuangkan dari cita-cita, melalui pendidikan dari sekolah lagi

 

8.9.2004 1

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer