warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bersandarlah Dengan Tuhan







BERSANDARLAH DENGAN TUHAN




Bersandarlah Dengan Tuhan

 

Bersandar dengan  duit, tidak ada  duit susahlah hati

Kalau ada duit pun, jika sakit , bala bencana, musuh banyak,

duit sudah tidak ada erti

Hati tetap derita kerana duit tidak boleh mengubatinya

Bersandar dengan diri jika sakit, lumpuh,cacat

tentu hati derita, bahkan ada yang putus asa

Dunia terasa gelap dibuatnya, masa hadapan tidak ada harapan apa-apa,

kecewa menyelubungi jiwa

Bersandar dengan orang, kalau orang itu mati,

atau tidak peduli lagi, kita tentu susah hati

Kita hidup di dalam kebingungan,

sumber harapan tidak ada lagi

Begitulah kalau kita sandarkan nasib kita

kepada selain Allah Taala Tuhan kita

Sandaran kita sangat rapuh

Kalau begitu bersandarlah dengan Allah Taala

Tuhan  yang memiliki segala-galanya

Tuhan adalah segala-galanya,

sumber segala kekayaan dan kehidupan makhluk

Bersandar dengan tuhan, bersandar dengan satu kekuatan

yang tidak ada habis-habisnya

Tuhan mempunyai khazanah yang tidak ada berkesudahan

Tuhanlah penentu nasib makhluk-makhluk-Nya termasuk manusia

Bersandar dengan Tuhan tidak akan kecewa

Tuhan melakukan kepada manusia yang menggembira, tujuan baik

Memberi kesusahan pun, dengan tujuan kebaikan

kalau pandai kita menerimanya

Begitulah kalau kita bersandar dengan Tuhan

 

2.12.2002-3

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer