warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berlindung Dari Ilmu Yang Tidak Bermanfaat







Berlindung Dari Ilmu Yang Tidak Bermanfaat





Berlindung Dari Ilmu Yang Tidak Bermanfaat

 

Marilah kita berlindung dengan Allah daripada ilmu yang tidak memberi manfaat

Kerana ia akan menjadi beban di Akhirat

Bahkan ia akan melaknat

Sohibul ilmi  masuk ke dalam Neraka 500 ratus lebih dahulu daripada penyembah berhala

Ilmu yang tidak memberi manfaat, niat bukan kerana Allah

Bila diperolehinya hanya untuk mujadalah dan bermegah-megah

Untuk diforum-forumkan dan disyarah-syarahkan, bukan diamalkan, tapi penuh dengan ujub dan riyak

Mementingkan kertas kerja jadi budaya, kemudian mesti diberi upah

Setiap apa yang hendak disampaikan mesti ada ganjarannya

Kalau tidak, ilmu tidak akan disampaikan

Makin bertambah ilmu, makin nampak bongkak dan sombongnya

Dan terasa 'orang luar biasa' dengan ilmunya

Jika ada orang yang lebih darinya, sakit hatinya

Bila berbincang dia sahaja mahu menang

Kalau kebenaran itu datang daripada orang lain, susah mahu menerimanya

Gambaran peribadi Rasulullah SAW tidak ada pada dirinya

Peribadinya macam orang biasa, bahkan nampak angkuhnya

Orang ini tidak akan bergaul dengan orang yang dipandang rendah

Kecuali keadaan memaksanya

Inilah dia ulama us suk yang disabdakan oleh Rasulullah

Kita disuruh jauhi mereka

Bahkan disuruh takut lebih daripada seekor singa yang galak

Kerana ia akan melalaikan, boleh jadi menyesatkan

 

Selepas Zuhur

15.9.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer