warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berkorbanlah Untuk Agama, Bangsa Dan Agama







Berkorbanlah Untuk Agama, Bangsa Dan Agama




Berkorbanlah Untuk Agama, Bangsa Dan Agama

 

Berkorbanlah untuk agama, bangsa dan negara

Berkorban apa sahaja, harta dan jiwa raga

Pengorbanan itu tidak sia-sia

Setiap keringat, setiap harta diberi pahala

Bahkan setiap dosa berjatuhan dan berguguran

Apatah lagi jiwa raga lebih besar nilainya

Kalau terkorban kerananya syahid namanya

Wah! Alangkah indahnya terlepas seksa kubur dan tiada hisabnya

Kalau kita mengata Akhirat kekal abadi

Sama ada di dalam Syurga ataupun di dalam Neraka

Berkorban tidak ada susahnya

Bahkan mudah dan ghairah kerana Tuhan

Dan kerana mencintai kehidupan di sana

Berkorbanlah! Berkorbanlah! Berkorbanlah!

Sementara nyawa masih di badan

Peluang masih luas, pintunya terbuka

Terpulanglah kepada kita mahu atau tidaknya

Mengapa kita mahu bertangguh-tangguh lagi?!

Masa tidak menunggu kita!

Kematian kita boleh berlaku bila-bila masa!

Biarlah sedikit susah sekarang

Jangan menyesal di kemudian hari

Berkorbanlah apa saja!

Segala pengorbanan tidak sia-sia

Rabbul Hannan wal Mannan tetap membalasnya

 

Selepas Asar

20.5.97 (12 Muharram 1418)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer