warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berkeluargalah Atas Nama Tuhan







Berkeluargalah Atas Nama Tuhan




Berkeluargalah Atas Nama Tuhan

 

Selepas dua mempelai menjadi pengantin baru

Bermulalah hidup berkeluarga dua jenis manusia

Kalau panjang umur anak pula ramai

Tanggungjawab keluarga bertambah berat dan mencabar

Jika ilmu tidak ada, iman pula tidak ada

Bukan senang hendak mengendalikan keluarga yang besar

Krisis berlaku, masalah tidak selesai

Kalau dahulu selalu gembira, sekarang bermasam-masam muka

Kerana itulah kita perlukan Tuhan

Segala masalah apa sahaja Tuhan tempat menyelesainya

Tuhan memimpin orang yang bertaqwa

Orang yang bertaqwa ada pembelaan dari Tuhan

Berkahwinlah atas nama Tuhan

Berkeluargalah atas nama Tuhan

Tuhan jangan ditinggalkan

Tuhan kawan setia di waktu kesenangan dan di waktu kesusahan   

Kalau atas dasar itulah kita berkahwin

Senang susah tidak jadi masalah

Di waktu senang kita bersyukur

Di waktu susah kita bersabar

Rumah tangga di dalam rahmat Allah

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer