warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berkawanlah Dengan Tuhan Di Dalam Semua Keadaan







Berkawanlah Dengan Tuhan Di Dalam Semua keadaan




Berkawanlah Dengan Tuhan Di Dalam Semua keadaan

 

Tuhan adalah tempat ditakuti dan dicintai

Dia adalah tempat rujuk, tempat bertanya dan meminta

Dia adalah pelindung, penyelamat, pemelihara, pentadbir yang bijaksana

Nasib makhluk Dialah yang menentukan,

apa yang Dia lakukan tiada siapa yang dapat menghalang

Iradah dan takdir-Nya berlaku

Dia boleh buat apa sahaja, dan kepada siapa, Dia tidak kira

Semua makhluk di dalam pandangan Tuhan sama sahaja

Kecuali orang yang bertaqwa dia adalah istimewa, dia adalah mulia

Tuhan adalah segala-galanya, mintalah, asalkan sepadan dengan kita

Tuhan akan memberi dengan hikmah-Nya, menolak juga dengan hikmah-Nya

Kedua-dua cara ini adalah baik, jika diterima dengan baik

Jadikanlah Tuhan kawan kita di dalam kehidupan

Dia Maha Setia, Maha Adil dan Bijaksana

Berkawanlah dengan Tuhan di dalam semua keadaan

Di waktu mukim, di waktu musafir, di waktu bekerja, di waktu apa sahaja16.4.2003 1

Selepas Subuh

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer