warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berkawan Bukan Hasil Dari Didikan







Berkawan Bukan Hasil Dari Didikan





Berkawan Bukan Hasil Dari Didikan

 

Berkawan kerana duit seperti berniaga biasanya tidak setia

Satu sama lain curiga-mencuriga, dan tidak percaya-mempercayai

Mudah sahaja pecah perkongsian yang dimeterai

Susah berkawan berlama-lama sampai ke hujung hingga mati

Akhirnya berkawan hanya sekerat jalan kemudian berlakulah perpisahan

Berkawan sepersekolahan atau sama-sama mengaji di dalam satu institusi tidak sejati

Setelah keluar sekolah, berkawan tidak berlaku lagi

Tidak pun selepas itu satu sama lain cari-mencari

Berkawan pun hanya berlaku setakat semasa sesama mengaji

Berkawan  di dalam politik apatah lagi payah setia

Payah hendak berkawan sampai ke hujung usia atau hingga ke tua sekalipun satu parti

Selalu sahaja bertukar kawan silih berganti

Kerana  kepentingan peribadi di dalam parti telah menjiwai dan berakar umbi

Berkawan di dalam satu tempat kerja hanya sementara

Berkawan sesama berada di luar negeri begitu juga selalunya sementara

Di waktu itu keluarga sama-sama tidak ada, dengan siapa hendak bertolong bantu

Oleh kerana sesama sebangsa di luar negara kawan yang lain tidak ada

Waktu itu sesama sebangsa terpaksa berkawan keadaan memaksa

Apabila balik ke negara sendiri berkawan pun sudah tidak berlaku lagi

Masing-masing tidak perlu-memerlu lagi maka masing-masing membawa diri

Setiap orang pun tidak minat pun hendak ziarah-menziarahi

Berkawan berlaku hanya setakat sesama di luar negeri

Rupanya berkawan dan perpaduan susah dilakukan

Kalau secara kebetulan sahaja tidak jati dan hakiki dan  tidak mahu terjadi

Berkawan secara kebetulan semuanya tidak jadi

Menunjukkan berkawan dan perpaduan mestilah hasil didikan dari kecil lagi

Ia mestilah diasuh dan diperjuangkan oleh pemimpin yang ada wibawa dan cita-cita

Ditanam kasih sayang dari kecil lagi hingga mendarah mendaging dan jadi budaya

Ia mestilah dilakukan semenjak di sekolah lagi oleh cita-cita pemimpin,

para guru dan  ibu bapa

Setelah dewasa diingatkan selalu untuk menyuburkan supaya perpaduan

sentiasa membara

Perpaduan  tidak mungkin berlaku setekat digesa-gesa oleh para pemimpin

setelah dewasa

Kalau ia tidak bermula daripada diasuh dari kecil lagi

Kerana perpaduan itu bukan bersifat fizik

Tapi perpaduan itu ia adalah bersifat jiwa

 

20.9.2004 3

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer