warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berjuanglah Hingga Orang Kenal Allah







Berjuanglah Hingga Orang Kenal Allah




Berjuanglah Hingga Orang Kenal Allah

 

Berjuanglah hingga orang kenal Allah itu adalah pencipta segala-galanya

Berjuanglah sehingga orang faham Allah itu adalah Tuhannya

Berjuanglah hingga Tuhan disembah, ditakuti dan dicintai orang

Berjuanglah hingga orang berbangga

Bahawa Allah itu adalah Tuhannya, pemimpinnya, idolanya

Bahkan kawan setianya

Berjuanglah hingga orang menyerahkan

Seluruh harta, tenaga dan jiwa raganya untuk-Nya

Berjuanglah hingga syariat Tuhan sahaja

Yang menjadi disiplin hidup mereka

Selain syariat-Nya adalah tertolak

Bahkan perosak manusia dan dunia

Berjuanglah hingga manusia menyerahkan

Seluruh hidup matinya untuk-Nya

Berjuanglah hingga manusia merasakan bahawa

Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa

Kuasanya yang diberi sedikit oleh Tuhannya

Bila-bila sahaja boleh ditarik balik oleh Tuhan pencipta manusia

Berjuanglah hingga manusia

Sabarnya, redhanya, syukurnya untuk Tuhannya

Penyerahan diri kepada Tuhan secara total

Berjuanglah hingga manusia membawa Tuhan ke mana-mana

Hingga manusia menganggap Kawan Setianya yang membelanya

Tidur bersama Tuhan, duduk bersama Tuhan, makan bersama Tuhan

Berjalan bersama Tuhan, bermusafir bersama Tuhan

Di waktu rehat bersama Tuhan

Di waktu aman dan damai bersama Tuhan

Di masa susah dan payah bersama Tuhan

Berjuanglah hingga dirasakan Tuhan itu amat diperlukan

Bahkan manusia tidak akan selamat dan hidup, tanpa Tuhan

Berjuanglah hingga manusia merasakan Tuhan adalah segala-galanya

Berjuanglah hingga manusia seluruhnya

Memburu keredhaan dan kasih sayang-Nya

Hingga dengan itu manusia akan berkasih sayang sesama manusia

Begitulah berjuang yang dikehendaki Tuhan

 

Lepas Zuhur

1.11.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer