warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berjuang Dulu Dan Sekarang







BERJUANG DULU DAN SEKARANG




Berjuang dulu dan sekarang

 

Dahulu Rasulullah S.A.W. dan para sahabat

berjuang disajikan dengan lemparan batu dan debu

Hari ini selepas berjuang

disajikan dengan daging,ayam, dan nasi beriani

Mereka berjuang dihalau orang

Kita berjuang menghalau orang

Melempar orang, memenjarakan orang

Pejuang-pejuang dulu disakiti

Pejuang-pejuang sekarang menyakiti orang

Pejuang-pejuang islam dahulu berkorban

harta-harta mereka diimfakkan

pejuang-pejuang sekarang membuat harta

bahkan menipu harta negara

pejuang dahulu menutup aurat

pejuang sekarang mendedahkan aurat

pejuang sekarang menggalakkan membaca Al-quran

kalau dahulu menggalakkan mengamalkannya

pejuang dahulu musafir dan menggembara kerana dakwah

pejuang sekarang musafir dan menggembara kerana politik dan ekonomi

pejuang-pejuang dahulu berukhwah

pejuang sekarang berpecah belah dan berbalah

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer