warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berjuang Biarlah Bijaksana







BERJUANG BIARLAH BIJAKSANA




Berjuang Biarlah Bijaksana

 

Berjuanglah fi sabilillah tapi biarlah dengan ilmu

Berkorbanlah dengan apa sahaja ia adalah penguatnya

Berjuanglah biarlah bijaksana

Bijaksana salah satu sebab boleh membawa kemenangan

Sifat taqwa adalah asas kemenangan

Kerana itulah di dalam perjuangan sifat taqwa jangan diabaikan

Baikilah diri dan dekatilah Allah

Untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan dariNya

Bertaubatlah selalu terutama selepas membuat salah

Bertaubat janganlah ditangguh-tangguhkan

Kerana kematian kita  tidak tahu

Bila-bila masa boleh berlaku kepada kita

Membuat kebaikan janganlah bermusim

Jadikanlah ia matlamat hidup harian kita

Hingga kebaikan itu mendarah mendaging

Menjadi jiwa dan sikap peribadi kita

Dimana sahaja bumi Tuhan kita pijak cetuskan kebaikan

Dimana sahaja kita pergi buatlah jasa

Kita, Tuhan hidupkan untuk membuat jasa

Agar hidup kita tidak sia-sia

 

Menjelang Tidur, 15/12/02

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer