warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berita Yang Bakal Terjadi







Berita yang bakal terjadi





Berita yang bakal terjadi

 

Satu perkara yang menggemparkan dunia akan terjadi

Peperangan Iraq yang sudah berhenti tiba-tiba meledak kembali

Berhenti sekejap itu adalah strategi Saddam dan orang-orangnya agar Amerika sedap hati

Ledakan yang kedua ini bom kimia akan digunakan

untuk membunuh tentera-tentera Amerika yang sudah berada di Iraq

Tentera-tentera Amerika yang berada di Iraq akan terperangkap, sedangkan tentera-tentera yang ramai sudah pun kembali ke pengkalan

Masa ini pula Bush sudah tidak mampu lagi menghantar tentera-tenteranya

kerana orang politik dan rakyatnya tidak setuju lagi

Pengaruh Bush di kalangan rakyatnya sudah jatuh sekali

Selain kebencian penduduk-penduduk seluruh dunia terhadapnya

amat memuncak sekali

Rakyat di sekeliling negara Iraq pula mengambil peluang

membunuh tentera-tentera Amerika

Walaupun Saddam tidak mampu lagi berkuasa

Kejadian itu melumpuhkan kekuatan ekonomi Amerika

Selepas perang setelah rehat beberapa ketika Amerika bukan lagi kuasa dunia

Kuasa dunia vacuum , menunggu satu kuasa baru akan terjadi

Kuasa Islam dari timur yang dijanjikan menggantinya

Dunia akan terkejut kerana peristiwa itu tidak terfikir berlaku

Peperangan di Teluk ada hubungan kenaikan Tun Ghaffar

menjadi PM  Malaysia yang tidak diduga

Juga kejatuhan Megawati di Indonesia diganti oleh Pak Harto sekali lagi

Kenaikan kedua-dua orang tua ini sebagai transit kepada Islam yang dijanji

Untuk laluan kepada pemimpin Islam

bukan orang politik menguasai Malaysia dan Indonesia

Segala-galanya rahsia sebelum kenaikan kedua-duanya

Berkuasanya kedua-dua pemimpin itu bukan melalui pilihanraya

Tuhan hendak menunjukkan kuasa-Nya,

berlaku di luar kuasa biasa manusia

Tuhan ada cara melantiknya

Maha Berkuasanya Tuhan, Maha Besar Tuhan

tidak ada siapa yang dapat menghalang-Nya

 

17.6.2003 2

Selepas Isyak

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer