warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berita Menjadi Kenyataan







Berita Menjadi Kenyataan





Berita Menjadi Kenyataan

6.10.2004 2

Menjelang tidur

Untuk pengetahuan bersama berita dari Rasul yang saya terima

Sebelum terjadi saya telah bercakap merata-rata

Ramai orang tidak percaya bahkan sebelum terjadi ada yang mencemuhnya

Sebahagian besarnya rupanya telah pun menjadi kenyataan, sudah pun jadi berita

1. Negara-negara jajahan Rusia akan merdeka dengan mudahnya telah ternyata

2. Ekonomi jatuh Malaysia juga turut menjadi mangsa.

3. Anuar akan dijatuhkan dari jawatannya, sebelum terjadi saya memberitahunya dua kali dia tidak percaya.

4. Ramalan tentang pilihanraya tahun 2000 calon-calon UMNO ramai yang kalah telah menjadi kenyataan.

5. Gus Dur menang menjadi presiden Indonesia kemudian dijatuhkan nyata benar.

6. Perang Teluk berpanjangan jelas menjadi kenyataan

7. Amerika akan dilemahkan dari dalam, sudah pun bermula pada 11 September

8. Kemudian rakyatnya bangun menentang dasar kerajaannya kemudian disambung oleh bencana alam yang dahsyat yang sering berlaku memusnahkan ekonomi negara.

9. Selepas Saddam kalah akan disambung dengan kebangkitan rakyat sedang menjadi kenyataan .

Usaha-usaha musuh terutama Yahudi campurtangan di Malaysia gagal

dan terus gagal

Insya-Allah keadaan ini terus bersambung dengan kedatangan Imamul Mahdi Al Muntadzar

Berita yang telah diberitahu memang belum terjadi seperti berikut pula:

1. Tun Ghaffar akan menjadi PM Malaysia belum terjadi lagi.

2. Selepas Tun era orang politik berakhir, disambung oleh orang perjuangan Tuhan dan kasih sayang.

3. Asia akan bersatu dengan kuasa Tuhan bermula tiga negara Malaysia, Indonesia dan Thailand kemudian diikuti oleh Brunei dan Singapura.

4. Selepas Asia bersatu Imamul Mahdi lahir terus dia pimpin orang timur.

Orang timur menjadi kuat dan mampu mencabar Amerika dan barat membawa keramat besar-besar.

5. Orang-orang di timur bersama Imamul Mahdi menawan Palestin kemudian seluruh timur tengah akhirnya seluruh dunia.

Berita-berita besar adalah berita-berita dari Hadis yang lebih detail lagi dan terperinci

Berita yang dinyatakan ini yang tidak termasuk di dalam Hadis ini berita disamping mentafsirkan Hadis

Saya hanya membawa berita-berita terkini dari Rasul

Berita-berita dari Hadis boleh dibaca dari Hadis atau kitab-kitab tua

Kalau ada berita-berita baru saya akan beritahu

Ini  sangat memberi panduan kepada kita yang sedang berjuang ke arah era Melayu

ke arah empayar Islam (Melayu)

Ini adalah satu rahmat dan nikmat Tuhan kepada kita

Dahulu hanya diberi kepada bangsa Arab dan Turki

Tidak disangka berita-berita pelik ini juga diberi kepada orang Melayu

ini khabar gembira buat kita

Marilah kita berjuang ikut jadual dan panduan berita ghaib

Agar perjuangan kita dimudahkan kalau ada halangan hanya sedikit-sedikit sahaja

Kalau tidak halangan besar dan berat, walaupun janji pasti berlaku

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer