warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bergantunglah Dengan Allah







Bergantunglah dengan Allah




Bergantunglah Dengan Allah

 

Engkau berpaut dengan selain Allah, engkau akan kecewa

Engkau bergantung dengan makhluk tidak sampai ke mana

Makhluk mana ada kuasa

Kalaupun nampak ada kuasa, kuasa yang diberikan Tuhan, hanya sementara

Kuasa yang dikuasainya, kuasa yang tidak ada kuasa

Tuhan adalah segala-galanya bergantunglah semua hal kepada-Nya

Kita tidak akan kecewa, kita akan bahagia

Rujuklah kepada-Nya, bersandarlah kepada-Nya, serah dirilah kepada-Nya,

mintalah kepada-Nya kita tidak rugi

Kalau tidak kabul pun tidak mengapa, Tuhan simpan di Akhirat di dalam Syurga

Mintalah banyak-banyak kepada-Nya, tidak kabul jadi khazanah di dalam Syurga

Sesungguhnya  indah segala-galanya rujuk kepada Pencipta

Tidak ada kecewa-kecewanya kalau tidak di dunia, di Akhirat di dalam Syurga

Tapi ramai manusia tertipu

Tempat rujuk mereka kepada makhluk yang rapuh tidak ada kuasa

Yang lemah, tidak mampu, nasib mereka pun ditentukan bukan dia menentukan

 

28.6.2003 5

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer