warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bergantung Kepada Tuhan Mesti Ada Usaha,







Bergantung kepada Tuhan mesti ada usaha, 




Bergantung Kepada Tuhan Mesti Ada Usaha,

 

Ketakutan jangan keterlaluan, hilang ketenangan

Berani jangan melulu, kita akan tersasar dan kecundang

Takut sekadar fitrah tidak mengapa,

ia tidak sampai hilang pertimbangan

Berani yang berdisiplin dan berstrategi,

selalunya menguntungkan

Jangan melulu, jangan menjadi dungu,

selalunya kita kecundang dan gagal

Biarlah di dalam segala hal ada perimbangan, pertengahan

Berfikir jangan diabaikan, Tuhan jangan ditinggalkan, kerja diteruskan

Itulah dia tawakal kepada Tuhan namanya yang mesti diamalkan

Ada strategi, ada usaha, ada harapan kepada Tuhan

Itulah caranya hidup orang yang bertuhan

Jangan usaha sahaja, jangan Tuhan sahaja

Gabungkan di antara usaha dan Tuhan itulah jalan mendapat kejayaan

Usaha tanpa Tuhan, bergantung dengan usaha syirik namanya

Bergantung dengan Tuhan, tanpa usaha tidak bersyariat di dalam kehidupan

Bergantung kepada Tuhan ada usaha,

tapi tidak ada strategi dan tidak disiplin melulu namanya

Atau orang dungu yang tidak ada panduan

Jadi setiap kerja semua diambil kira,

barulah ada kejayaan

 

11.11.2002 / 6 Ramadhan 1423H 2

Waktu Dhuha

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer