warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berdisiplinlah Dalam Perjuangan







Berdisiplinlah dalam perjuangan




Berdisiplinlah dalam perjuangan

 

Berdisiplinlah di dalam perjuangan kebenaran

Bertata-susilalah di dalam pergaulan dengan manusia

Bersopan-santunlah di dalam bercakap dan berbicara

Beradablah dengan Tuhan di dalam sebarang keadaan

Terutama waktu beribadah dan menyembah-Nya

Memintalah sepadan dengan kedudukan kita di dalam kehidupan

Mohonlah kepada Tuhan yang munasabah

Itulah yang dikatakan disiplin seorang mukmin

Berdisiplin dengan Tuhan dan berdisiplin dengan insan

Beradab dengan Tuhan dan beradab juga sesama manusia

Ini termasuklah siasah syar'iah

Atau syariat yang tersirat di sebalik yang tersurat

Boleh juga dikatakan kita berhadapan dengan Tuhan dan manusia dengan penuh berhikmah

Berhikmah dengan Tuhan dan juga berhikmah dengan manusia

Ini bukan pimpinan akal fikiran

Tapi ianya merupakan pimpinan hati yang murni

Hatinya sahaja yang boleh faham dan nampak perkara-perkara yang halus dan seni

Jiwa yang bersih sahaja yang dapat melihat perkara yang tersirat

Oleh itu bersihkanlah hati

Murnikanlah jiwa kita dari mazmumah

Kalau tidak, kita hanya boleh mendapat ilmu sahaja

Namun hikmah tidak mungkin kita memperolehinya

 

21.9.99

Menjelang Tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer