warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Berdakwah Kerana Kewajipan Bukan Cari Makan







Berdakwah Kerana Kewajipan Bukan Cari Makan





Berdakwah Kerana Kewajipan Bukan Cari Makan

Engkau berdakwahkah atau mengambil upah?

Berdakwah kerana Allah bukan mengambil upah

Engkau tawar-menawar dahulu baru berdakwah, itu bukan kerana Allah

Berdakwah bagi yang pandai adalah kewajipan bukan untuk cari makan

Berdakwah kerana Tuhan bukan cari makan

Kalau berdakwah bukan cari makan tapi orang beri upah tidak pula satu kesalahan

Tidak malukah bahawa engkau berdakwah itu adalah kewajipan

Ia adalah suruhan Tuhan

Suruhan Tuhan wajib disampaikan

Maka mengapa engkau berdakwah dijadikan gelanggang cari makan

Tidak malukah engkau dengan Tuhan

Cari makan banyak jalan

Bumi Tuhan luas, berusahalah secara halal di mana-mana pun boleh cari makan

Jangan cari makan dengan ibadah

Ibadah adalah kewajipan

Berdakwah itu adalah satu cabang ibadah

Ibadah kenalah laksanakan

Ibadah tidak boleh dijadikan gelanggang cari makan

Tidak fahamkah engkau Akhirat Tuhan?!

Kalau tidak faham mengapa tidak cari ilmu pengetahuan

Mencari ilmu pengetahuan satu kewajipan

Kalau engkau faham dua kali kesalahan

Salah kerana melanggar ajaran Tuhan

Satu lagi salah engkau melanggar kerana ada pengetahuan

Tinggalkanlah berdakwah kerana cari makan

Berdakwahlah kerana kewajipan

Itu adalah perintah Tuhan

 

10.8.2004 5

menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer