warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Belajar Melalui Rasa Hati







Belajar Melalui Rasa Hati




Belajar Melalui Rasa Hati

 

Kalau jiwa manusia itu sentiasa hidup

Dan hati manusia itu sentiasa jaga

Manusia boleh belajar dengan rasa hati

Itulah yang dikatakan fitrah semula jadi

Cuma Islam itu menguatkannya sahaja

Saya bawa beberapa contoh:

Setiap jiwa manusia ingin disayangi

Kalau begitu dia tentulah akan menyayangi manusia lain

Kerana kemahuan manusia itu sama

Setiap insan suka kalau orang pemurah dengannya

Itukan menyedarkan kita bahawa kita juga patut pemurah dengan manusia,

kemahuan manusia itu serupa

Manusia itu suka ia ditolong terutama di masa susah

Perasaan itu sebenarnya mengajar kita, kita juga patut menolong orang lain

Kerana kehidupan manusia itu sama sahaja

Setiap jiwa suka kalau dia diberi kemaafan

Itu memberi tahu kita sepatutnya kita juga memberi kemaafan kepada orang lain

Kerana perasaan manusia itu adalah sama

Setiap insan suka kalau dia diberi keadilan

Ia menyedarkan bahawa setiap orang patut menegakkan keadilan kepada manusia

Setiap orang tidak suka kalau dia difitnah, dizalimi dan disusahkannya

Kalau begitu setiap manusia tidak akan memfitnah, menzalimi

dan menyusahkan orang lain

Tapi realiti di dalam kehidupan manusia tidak jadi begitu

Kerana hidup manusia itu sama

Setiap orang itu hanya suka kalau dia diberi kasih sayang dan diberi perhatian

Dia suka dibantu, ditolong, diberi keadilan

Tapi dia sendiri tidak mahu melakukannya

Dia suka tidak diganggu, difitnah, dizalimi dan disusahkan

Tapi dia suka menimpakan kesusahan kepada orang lain

Mengapa terjadi begitu?

Kerana jiwa manusia sudah buta dan terlalu mementingkan diri

 

Menjelang Maghrib,

21.2.2000

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer