warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Baru Engkau Tahu Erti Perjuangan







Baru engkau tahu erti perjuangan




Baru Engkau Tahu Erti Perjuangan

 

Baru engkau tahu erti perjuangan?

Engkau ingat perjuangan itu mudah?!

Bila engkau berjuang kemudian disanjung, dipuji, engkau rasa sudah berjuang?

Sekarang engkau telah diuji

Engkau dikurung dua bulan, dikata, di........, dihina disusahkan

Engkau ditengking, diherdik, tidak dibenarkan rehat dan tidur

Engkau telah kenal dirimu sekarang

Engkau dibuang daerah mengikut akta ISA atau ditahan di Kemunting  

Terserlahlah segala-galanya diri engkau

Terdedah dan terbuka segala rahsia

Rupanya engkau orang yang keluh-kesah

Merungut-rungut dan melatah-latah

Tuduh sana, tuduh sini

Hingga guru engkau pun engkau hina dan malukan

Makin menderita jiwamu, makin kusut fikiranmu

Kesal tidak kesudahan, kecewa berpanjangan

 

20.8.98

Selepas Asar (7.00 petang)

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer