warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Banyak Khawariqul Adah Akan Berlaku







Banyak Khawariqul 'Adah Akan Berlaku





Banyak Khawariqul 'Adah Akan Berlaku

 

Insya-Allah akan banyak berlaku peristiwa-peristiwa besar di negara kita

Sekitar 3 atau 4  tahun yang akan datang

Peristiwa-peritiwa yang tidak diduga akan berlaku

Setengahnya merupakan khawariqul 'adah akan terjadi

Di luar logik akal manusia

Akan mengejutkan dan akan memeranjatkan

Sesuatu yang tidak terduga berlaku

Walaupun sebelum itu telah diberitahu

Otak mana mahu menerima

Bahkan jadi bahan ketawa dan menghina

Ada yang memusuhi, sakit hati dan membenci

Jadi bahan perli apatah lagi

Sepatutnya tidak menghairankan, lebih-lebih lagi tidak mengejutkan

Sejarah Islam kan telah memberitahu

Di setengah-setengah zaman apabila kebenaran hendak mendapat kemenangan

Berlakulah khawariqul 'adah kepada pejuang-pejuangnya

Datanglah bantuan yang tidak diduga

Selepas ujian besar kepada mereka

Setelah disaring anggota-anggotanya melalui ujian

Mereka diberi kemenangan tidak mengikut sistem zamannya

Terasa benar kuasa Tuhan di waktu itu

Apabila Allah Taala kehendaki mudah terjadi

Sekalipun pejuang-pejuang kebenaran itu sedikit sekali

Tunggulah perkara pelik akan terjadi di negara kita

Dengan penuh aman, damai dan harmoni

 

29.9.98

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer