warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bantulah Aku Mengingati Mu







Bantulah Aku Mengingati-Mu




Bantulah Aku Mengingati-Mu

 

Tanpamu Tuhan aku tidak wujud

Setelah wujud tanpa bertemu rahmat-Mu aku tidak akan selamat

Kalau Engkau tidak didik aku, aku tidak akan terdidik

Didikan Engkaulah aku kenal Engkau dan takutkan Engkau

Engkau tadbir aku dengan berbagai-bagai cara

Dengan pentadbiran yang berbagai-bagai cara itu, itulah didikan Engkau kepada aku

Adakalanya Engkau susahkan aku, agar aku faham erti kesusahan

Supaya aku sabar dan bertimbangrasa dengan orang lain yang mendapat kesusahan

Sabar itu penting, bertimbangrasa itu perlu, di situlah kasih sayang sesama

Tidak kurang juga adakalanya Engkau senangkan aku atau aku mendapat kejayaan

Agar aku malu dengan Engkau,  dan  boleh bersyukur dengan-Mu

Perhubunganku dengan Engkau bertambah rapat, ingatanku kepada-Mu berlaku selalu

Engkau mahu perhubungan hatiku dengan-Mu tidak putus-putus setiap waktu

Terhubung selalu, ia adalah kekuatan buatku

Engkau adalah keperluanku setiap ketika dan waktu

Rasa bertuhan itu adalah sifat hamba yang Engkau suka

Kerana itulah Engkau pelbagai-bagaikan berlaku kepadaku,

agar aku sering ingat kepada-Mu

Ingatanku kepada-Mu adalah ibadah

Ibadah setiap masa yang tidak bercara dan bersyarat

Ibadah yang tidak kira tempat dan masa itulah ingatanku kepada-Mu

Ibadah yang bersifat hati bukan bersifat fizik

Agar aku tidak terlalai dan terlupa kepada-Mu

Bantulah aku Tuhan untuk mengingati-Mu

 

3.5.2004 2

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer