warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bantuan Tuhan Kepada Pejuang Kebenaran







Bantuan Tuhan Kepada Pejuang Kebenaran




Bantuan Tuhan Kepada Pejuang Kebenaran

 

Musuh kebenaran dengan  kuasa yang ada memusnahkan perjuangan kebenaran,

dia rasa menang

Mereka lupa di sebalik kuasanya ada kuasa Tuhan yang berkuasa di atas kuasa mereka

Dengan  penghinaan yang dilakukan, menzalimi yang dihalalkan, dengan  sekatan-sekatan mengikut kuasa yang ada di tangan mereka rasa musuhnya habis,

macam kapal tenggelam di dalam lautan

Mereka rehat malam, relax, tenang hati rasa kejayaan

Tiba-tiba perjuangan kebenaran muncul semula dengan  mendadak

macam air bah yang melanda sekatan

Tuhan tunjukkan kekuasaan-Nya bahawa kuasa Tuhan mengatasi kekuasaan insan

Orang yang berkuasa terpinga-pinga, tercengang-cengang, panik tidak tahu macam mana hendak buat sekatan

Kalau di peringkat awalnya dahulu sikap mereka membentak-bentak marah-marah, mengugut-ugut memalukan

Hingga hilang pertimbangan, hilang akhlak, hilang peri kemanusiaan,

musuhnya dibuat macam haiwan

Apabila perjuangan kebenaran muncul membawa imej yang baru,

strategi yang baru, stail yang baru

Hati sakit, tapi undang-undang tidak boleh digunakan

Kalau digunakan undang-undang rakyat akan persoalkan

Lemahnya kuasa insan undang-undang sendiri makan tuan

Asalnya undang-undang hendak tangkap lawan, sekarang undang-undang sendiri menyekat diri sendiri

Maka teknik baru pun dibuat, dengan  diplomasi, pujuk rayu dengan  lawan

Sepatutnya mereka berfikir semula kalau perjuangan yang bukan kebenaran cara pertama pun sudah memusnah lawan

Padahal musuhnya tidak pun ada kuasa, namun perjuangannya berjalan

Sepatutnya mereka insaf bahawa ini adalah kuasa Tuhan

Sengaja Tuhan  biarkan perjuangan ini dihancurkan oleh musuh-musuhnya

kemudian Tuhan hidupkan

Semoga penentang kebenaran kembali kepada Tuhan

Begitulah Tuhan  backing perjuangan kebenaran, kemenangan kebenaran

di hujung perjuangan

Kemenangan kebatilan di awal perjuangan, bacalah sejarah Al Quran di antara kebatilan dan kebenaran

 

20.2.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer