warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bangunkan Syariat Semarakkan Syiar







Bangunkan Syariat Semarakkan Syiar




Bangunkan Syariat Semarakkan Syiar

 

Bertelut, berlutut dan bersujudlah kepada Tuhanmu

Beribadahlah dan sembahlah Tuhan

Dia adalah Penciptamu dan Pencipta dunia Akhirat

Besarkan syariat-Nya, meriahkan syiar-Nya

Di dalam menyembah-Nya di situlah kebahagiaan

Membangunkan syariat-syariat-Nya menyemarakkan syiar-Nya di situlah keamanan

Kalau Tuhan sudah ditinggalkan tidak ada erti kekuasaan dan kekayaan

Engkau boleh berlakon macam orang senang, tapi hatimu tidak akan tenang

Engkau boleh berlagak macam orang tidak ada masalah, tapi jiwamu tidak akan merasa bahagia

Engkau burulah pangkat, kekayaan dan kemewahan hingga segala-galanya engkau miliki

Kalau tidak berserta dengan Tuhan Engkau tidak akan merasa kepuasan

Bahkan engkau akan merasa sentiasa tidak mencukupi

Mahu cari lagi, mahu buru lagi, sudah dapat tidak puas-puas lagi

Kasihan! Malang sekali engkau telah jatuh miskin lebih dari si miskin yang redha

Si miskin tadi telah menjadi kaya, kamu menjadi miskin pula di waktu punya kuasa dan punya harta

Berfikirlah cepat, renunglah, kehidupan ini tanpa Tuhan kamu ertinya kehilangan segala-galanya, walaupun mempunyai segala-galanya

Cepatlah bertindak mengubah sikap, sebelum terlambat

Cepatlah kembali kepada Tuhanmu sebelum buruk padahnya

Agar kita tidak menyesal tidak berkesudahan

 

7.7.99

Selepas Asar - 1

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer