warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bangsa Yang Berdaulat







Bangsa Yang Berdaulat




Bangsa Yang Berdaulat

 

Apabila rakyat di sebuah negara pemimpinnya, orang-orang kayanya, cerdik pandainya dan rakyat jelata merendah diri

Tanda bangsa itu Allah Taala hendak mengangkat menjadi penaung kepada manusia

Mereka akan diangkat dan ditinggikan oleh Tuhan menjadi empayar

Atau akan berdaulat di dalam negaranya

Menjadi bangsa yang mulia, berwibawa, disegani dan dihormati

Jika sesuatu bangsa setelah berjaya menjadi sombong

Suka menceritakan kebolehan-kebolehan dan jasanya kepada manusia

Mengangkat-angkat diri dan menghina-hina orang lain

Suka pembaziran dan berfoya-foya di dalam kehidupan

Sering berlaku berbahas-bahas dan mujadalah terutama di majlis-majlis ilmu

Terlalu suka bercakap sekalipun tidak perlu

Suka menegur tidak suka ditegur

Suka memberi nasihat tidak suka dinasihat

Menunjuk-nunjuk kebolehan masing-masing dan berbangga

Tuhan dilupakan

Hingga tersinggung orang-orang yang tidak mempunyai keistimewaan

Tanda bangsa itu hendak hancur dan runtuh

Kalau bangsa itu menjadi empayar, empayarnya akan runtuh

Jika  berkuasa di sesebuah negara tanda kuasanya akan berakhir

Akan diganti dengan satu bangsa atau puak lain pula

Sama ada bangsa yang kejam untuk menghukum

Atau bangsa yang baik menggantinya, sebagai menghinanya

 

7.11.2000

Selepas Asar - 2

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer