warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bangsa Tidak Bersatu







Bangsa Tidak Bersatu





Bangsa Tidak Bersatu

 

Kepentingan dirilah bangsa tidak boleh bersatu

Hidup nafsi-nafsilah bersatu tidak berlaku

Hidup kasta-kastalah yang bersatu payah terjadi

Hasad dengkilah yang bersatu tidak boleh berlaku di dalam realiti

Jatuh-menjatuhkan juga racun perpaduan

Perpaduan bila-bila masa sahaja boleh terkorban

Tuduh-menuduh, kata-mengata, fitnah-menfitnah pecah kasih sayang

Pecah kasih sayang bagaimanalah hendak berlakunya perpaduan

Tidak ada bela-membela di antara yang kaya dengan yang miskin

Di antara yang berada dengan yang tidak punya merenggangkan perpaduan

Pemimpin menggunakan rakyat untuk kepentingannya

Rakyat hendakkan sesuatu dari pemimpin

Satu sama lain masing-masing ada kepentingan

Pemimpin mengalatkan rakyat, rakyat mengalatkan pemimpin

Mana boleh berlaku kasih sayang satu sama lain

 

8.9.2004 2

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer