Bangsa Subsidi
Bangsa Subsidi
Bangsa subsidi akan lahir bangsa yang manja
Bangsa subsidi bangsa yang tidak akan mampu berdikari
Bangsa yang hanya semata-mata bersandar dengan kerajaan,
akan lahir bangsa yang lemah jiwanya
Kalau di suatu masa tidak ada bantuan lagi, mereka tidak tahu hendak berusaha
Mereka akan menjadi ibarat ayam daging, makanan disediakan,
tidak tahu mencari makanan sendiri
Yang lebih bahaya bangsa subsidi ini di antaranya ada beberapa perkara:
Pertama: Hati kecil mereka akan berkata, dengan bantuan ini kalau aku maju, majulah, kalau tidak maju pun bantuan aku sudah perolehi
Kurang tanggungjawab, kerana hidup mereka bukan dari titik peluh sendiri,
katanya kalau tidak maju pun bukan duitnya, dia tidak rugi
Kadang-kadang mereka salahgunakan bantuan itu bukan untuk projek yang dijanji
Jika berlaku di zaman darurat, mereka tidak pandai berusaha sendiri
Akhirnya jadi meminta-minta atau pencuri
Orang yang dimanjakan dengan bantuan itu,
di waktu susah dia boleh bekerjasama dengan musuh agama atau negara
demi untuk hidup
Orang macam ini dia tidak ada pendirian,
siapa boleh memberi untuknya hidup,
di situlah kiblatnya atau tuannya
Oleh itu bantuan diberi hendaklah pada tempatnya,
tidak boleh sebarang beri
Berilah bantuan orang yang benar-benar susah
dan yang benar-benar memerlukan bantuan yang pasti
Berilah bantuan orang yang sudah membuktikan ada usaha sendiri,
cuma tidak boleh berkembang, kerana kekurangan modal
Kadang-kadang pemimpin bukan tidak faham
kepada siapa sebenarnya patut diberi bantuan
Tapi ada tujuan politik, ada udang di sebalik batu
Orang itu adalah penyokongnya, sekalipun merugikan agama, negara dan bangsa
bantuan perlu diberi kepada mereka
Kadang-kadang bangsa menjadi ayam daging, kerana pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada agama dan bangsa
Ertinya rakyat dan pemimpin sudah sama-sama jiwanya rosak
dan bankerap fikirannya
Akibatnya punah satu bangsa dan satu negara dibuatnya
1.1.2003 – 3
Menjelang Maghrib / Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 999 reads
Post new comment