warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bangsa Kuat Bangsa Yang Ada Cita Cita







Bangsa kuat bangsa yang ada cita-cita




Bangsa kuat bangsa yang ada cita-cita

 

Satu bangsa yang kuat lagi berdaulat, sekalipun tidak ramai bilangannya ialah bangsa yang ada cita-cita

Satu bangsa yang ada cita-cita sekalipun batil semangat juangnya dan pengorbanannya luarbiasa

Cita-cita itu ialah kerana agama yang dihayati oleh bangsa itu

Selepas itu kerana bangsa, negara dan ideologi

Bangsa yang ada cita-cita seperti yang tersebut sanggup berkorban apa sahaja kerana cita-citanya

Sekalipun terpaksa korbankan nyawa

Kerana itulah bangsa-bangsa yang pernah menjadi empayar di dalam sejarah mereka berjuang di atas cita-cita yang tersebut

Sekalipun bangsa-bangsa itu kecil bilangannya

Seperti bangsa Arab, Kurdi dan Uthmaniah Turki dengan cita-cita Islam

Bangsa Jerman dengan cintakan  bangsa Arya, Itali cintakan negara, Sepanyol kerana Kristian, Rusia cintakan ideologi Komunis

Bangsa yang mementingkan  diri sendiri kerana cinta pada diri biasanya menjadi hamba

Hamba kepada bangsa yang ada cita-cita empat perkara tadi

Bangsa yangtidak ada cita-cita hanya memikirkan makan, minum, kekayaan, nikah, kahwin, hiburan

Sekalipun bangsa itu ramai orang yang pandai

Kepandaian hanya untuk diri sendiri

Bukan untuk cita-cita agama, bangsa, negara atau ideologi

Untuk kedaulatan dan seterusnya untuk menjadi empayar

Marilah kita orang Melayu ini berjuang atas cita-cita agama

Berjuang atas cita-cita agama lebih kuat daripada segala cita-cita yang ada

Marilah kita berjuang dan berkorban untuk cita-cita agama

Kalaupun tidak menjadi empayar

Setidak-tidaknya kita akan berdaulat di dalam negara sendiri

Terlepas kita daripada dipermainkan oleh lain bangsa di dunia

 

Menjelang Tidur

23.8.2001

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer