warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bangsa Baru







Bangsa Baru




Bangsa Baru

 

Bangsa yang kuat bangsa yang berkasih sayang, bersatu,

rasa bersama dan bekerjasama, hidup harmoni

Bangsa yang berilmu, jiwanya bersih daripada hawa nafsu,

haiwan dan syaitan

Hidup dengan mengutamakan orang lain, cintakan Tuhan,

sayangkan bangsa dan negara

Bangsa yang pemimpinnya adil, mendidik, penyayang, pemaaf,

jadi ayah, jadi ibu, jadi guru, jadi pemimpin, jadi kawan

Rakyat terdidik bukan sekadar berilmu sahaja

Rajin bekerja  dan berusaha, jiwa merdeka, mampu berdikari

Rakyat yang suka memberi daripada menerima

Perikemanusiaannya tinggi, hingga orang yang miskin,

yang mendapat bencana terbela

Bangsa yang pemuda-pemudinya berakhlak mulia

Rakyat yang menghormati pemimpin, guru juga orang tua, ayah dan ibu

Golongan yang kaya pemurah, bank masyarakatnya

Golongan yang susah tidak meminta-minta, mereka sabar dan tabah,

seolah-olah mereka kaya

Para pemimpin, ulama-ulama, guru-guru model bangsanya

Bangsa yang tidak membuang-buang masa dan berfoya-foya

Bangsa yang faham membuat kerja mengikut bidangnya, masing-masing

Mereka tidak tahu hendak menganggur, ada sahaja kerja yang dibuat mereka

Mana kita hendak cari satu bangsa di kalangan umat Islam seperti ini?

Itulah yang menjadi idaman kita, itulah yang menjadi cita-cita kita

Kita sedang berjuang ke arah itu

Di tahun baru ini marilah kita berazam dan meneguhkan cita-cita

Kita gembeling tenaga, gandakan usaha,

korbankan apa sahaja menuju cita-cita

Demi mencapai cita-cita semoga Tuhan redha

Marilah kita berjuang melahirkan bangsa baru, cintakan Tuhan,

kasih sayang sesama manusia, penyelamat dan pelindung manusia

 

5.5.97

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer