warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bangsa Arab Perjuangkan Tuhan Dan Islam







Bangsa Arab Perjuangkan Tuhan dan Islam





Bangsa Arab Perjuangkan Tuhan dan Islam

 

Bangsa Arab setelah memperjuangkan Tuhan dan Islam

bangsa Arab menjadi kuat dan berdaulat

Terbela maruahnya, terbela akhlaknya, terbela ekonominya, terbela nama baiknya

Beratus-ratus tahun menjadi bangsa yang mulia, jadi guru kepada dunia

Dunia Tuhan serahkan kepada mereka

Bangsa Kurdi melalui pemimpinnya Salehuddin Al Ayubi setelah memiliki Tuhan

walaupun bangsa yang tidak ramai mereka menjadi mulia

Bangsa Arab di waktu itu sudah mula lemah, pun dapat dibela oleh bangsa Kurdi

Palestin yang telah jatuh di tangan Kristian ditawan semula

Tanah Suci  yang ketiga bagi umat Islam dibersihkan kembali, berwibawa semula

Bangsa Turki setelah memperjuangkan Tuhan dan Islam menjadi empayar

Menebus kembali maruah umat Islam dan kuasa Arab yang lemah, kuasa Islam kuat semula

Turki melalui Islam di segani oleh dunia, Islam mulia semula

Barat mengangkat topi hormat beberapa ratus tahun lamanya kepada mereka

Setelah bangsa Arab, bangsa Kurdi, bangsa Turki, meninggalkan Tuhan, Tuhan tinggalkan mereka

Mereka menjadi hina, orang barat mencatur mereka

Mereka sudah ibarat bola ditendang di sana ditendang di sini

oleh kuasa barat yang durjana

Hari ini tidak ada satu bangsa Islam yang kuat lagi mulia

Kalau tidak ada satu bangsa Islam yang kuat dan mulia

maka tidak ada satu bangsa yang memuliakan Islam

Mari kita bangsa Melayu pula mencuba memuliakan Tuhan dan Islam di dalam perjuangannya

Tinggalkan perjuangan yang bersemangatkan bangsa

Mari kita perjuangkan Tuhan dan Islam sebagai addin

Sesuai dengan janji Tuhan orang timur (Melayu) akan menjadi empayar

Seperti janji Tuhan melalui lidah Rasul Rom dan Farsi akan dikalahkan

Selepas Rasul wafat orang Arab berjuang bersungguh-sungguh mencubanya

Janji Tuhan terbukti menjadi kenyataan, sejarah telah mencatatkan

Begitu pula janji Tuhan kepada Turki melalui lidah Rasul

Konstantinopal akan jatuh di tangan umat Islam

Di tangan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik

Bangsa Turki yang berbagai-bagai kabilah mencubanya dengan serius

Akhirnya terjadi di tangan bangsa Turki puak Uthmaniah, seluruh bangsa Turki terbela

Bangsa Melayu juga ada janji dari Tuhan melalui Rasul

Di akhir zaman Islam akan bangun kali kedua di sebelah timur

Saya telah mengkaji sejak 40 tahun iaitu ia akan terjadi di tangan bangsa Melayu

Sejak 15 tahun lalu saya diberitahu dari Rasul

Bangsa Melayu yang dmaksudkan itu adalah Melayu Malaysia

Ini berita gembira buat orang Melayu Malaysia

Mari kita bersama berjuang atas nama Tuhan dan Islam

Bukan berjuang atas nama bangsa Melayu lagi

Insya-Allah jawapannya akan berlaku serupa seperti Arab dan Turki

Bangsa Arab terbela, bangsa Turki terbela, bangsa Melayu akan terbela

Tuhan dan Islam akan gah semula, orang Melayu perkasa

Saya diberitahu lagi oleh Rasul, Tun perlu dilantik menjadi PM Malaysia

Buat hari ini beliau boleh diterima oleh semua kaum di Malaysia

Yahudi dan Amerika tidak begitu bimbang dengan Tun

Selepas Tun berkuasa selama 6 bulan, akan terjadi satu khawariqul ‘adah

Ia berjalan dengan aman, damai, harmoni, diterima bersama

Akan ada pemimpin Islam yang akan menggantinya

Selepas dua tahun akan berlaku lagi satu khawariqul ‘adah

Ia terjadi secara nature, akan bersatu negara-negara timur

Mula-mula negara yang bersatu ialah Malaysia, Indonesia, Thailand

Selepas itu Brunei dan Singapura

Dengan masa yang sama Amerika dan barat dilemahkan  oleh Tuhan

Di waktu itu Amerika tidak mampu lagi bertindak ke atas mana-mana negara di Asia

Berita ini cukup setakat ini dahulu

Ia akan diberitakan seterusnya guide Rasulullah buat kebangkitan Islam

Yang penting jangan lengah lagi mari kita berjuang ke arah itu

Janji Tuhan pasti berlaku dan terjadi

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer