warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Bahaya Lidah







Bahaya Lidah




Bahaya Lidah

 

Lidah yang lembut itu sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang menyejukkan hati

Lafaz-lafaz yang dituturkannya menjadikan orang berkasih sayang

Bahasa yang diucapkan mendamaikan dua golongan yang selisih faham

Tapi apa yang terjadi kepada lidah manusia hari ini

Ia telah merobek-robek hati dan jiwa manusia

Maruah manusia telah dihancurleburkannya

Lidah telah memecahbelah di antara sesama manusia

Begitulah ilmu, sepatutnya menerangkan kehidupan manusia di dunia

Tapi ilmu telah menjadikan jiwa-jiwa dan hati-hati yang empunya mati atau buta

Ilmu pada seseorang telah mengoyak-ngoyakkan

Iman yang memilikinya

Ia telah merobek-robek taqwa seseorang

Hingga cacat taqwanya

Ilmu tidak lagi memerdekakan hamba dengan Tuhannya

Makin banyak ilmu semakin jauh daripada Tuhan

Ini adalah disebabkan niat menuntut ilmu kerana dunia

Atau kerana mengejar nama atau glamour

Sebab-sebab lain kerana yang empunya ilmu rasa bertuhan sudah tidak ada

Atau Tuhan sudah tidak diambil pusing atau diutama

Rasa bertauhid sudah tidak ada

Takut dengan Tuhan sudah jauh dari hati manusia

Kerana inilah lidah sudah disalah guna

Ilmu-ilmu sudah tidak lagi berperanan di tempatnya

Akibatnya kerana lidah dan ilmu

Telah merosakkan manusia

Sama ada yang empunya mahupun selain dirinya

 

Lepas Asar

29.10.99

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer