warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Az Zikru







Az Zikru




Az Zikru

 

Zikir adalah ingatan atau perasaan

Ia adalah sifat hati atau jiwa atau roh insan

Ia merupakan sifat rohaniah insaniah

Zikir yang kita hendak perkatakan di sini ialah zikrullah

Yang diperintah kepada manusia atau insan

Zikrullah atau ingatan kepada Tuhan

ada berbagai-bagai peringkat dan perasaan

Kalau sudah sampai peringkat cinta

Ia telah bertapak di hati atau jiwa

Rasa bertuhan telah sampai peringkat penghayatan

Ia payah hendak dilupakan

Atau banyak ingatan daripada dilupakan

Juga jika sudah sampai peringkat takut yang mendalam

Ingatan kepada Tuhan susah hendak dilupakan

Ia akan terbawa-bawa ke mana-mana

walaupun di dalam perjalanannya

Kedua-duanya ini berlaku kerana kenal Tuhan

Pencipta insan dan seluruh alam

Kalau sekadar percayakan Tuhan

tapi tidak kenal Tuhan ada keyakinan

Tapi rasa cinta atau takut belum wujud

bertapak di dalam jiwa atau hati sebagai perasaan

Ia akan menjadikan seseorang insan itu

banyak lupanya daripada ingatan kepada Tuhan

Orang yang semacam ini terpaksalah mencari-cari sebab

untuk ingatan kepada Tuhan

Kenalah gunakan fikiran selalu

Kenalah merenung alam, laut dan keindahan

Barulah datang perasaan rasa bertuhan

Atau membaca berbagai-bagai lafaz zikir, tasbih untuk ingatan kepada Tuhan

Jika rasa takut dengan Tuhan tidak kuat

Atau rasa cinta belum mendalam

terpaksalah memaksa-maksa diri untuk ingatan

Terpaksalah menggunakan akal untuk berfikir atau bacaan

Apabila cinta sesuatu banyak menyebut atau banyak ingatan

Juga kalau perasaan takut menguasai insan

Ingatan payah dilupakan

Begitulah kalau sudah sampai peringkat cinta

Atau takutkan Tuhan payah hendak dilupakan

Haraplah diambil peringatan jika mahu ada perasaan bertuhan

Wallahua’lam

 

9.1.2003 – 2

Menjelang Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer