warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Apabila Ulama Tidak Takut Allah







Apabila ulama tidak takut Allah




Apabila Ulama Tidak Takut Allah

 

Apa sudah jadi kepada setengah-setengah ulama kita

Terutama ulama-ulama rasmi

Jika ada orang mengamalkan Islam secara syumul

Untuk melindungi kelemahan diri

Dituduhlah orang itu hendak mencari nama

Kalau ada orang mengamalkan Islam yang dia tidak ada ilmunya tentang itu

Dituduhlah orang itu membawa ajaran sesat

Apa sudah jadi kepada ulama makan gaji

Jika pemimpin tidak suka sesuatu amalan yang ada di dalam Islam

Ulamalah yang mencari hujah dan dalilnya

Untuk mengambil hati pemimpin

Dituduhlah orang itu ekstrimis atau tidak sesuai lagi dengan zaman

Apa sudah jadi dengan ulama kerajaan

Kerana mereka bergondol

Lantaran itu mereka pun anti-serban

Katanya serban bukan pakaian Islam, ia adalah budaya Arab

Apabila sesuatu amalan yang dia tidak amalkan

Ada orang yang mengamalkan dituduhlah orang itu sesat

Tapi kalau sesuatu amalan itu mereka setuju

Sekalipun nyata sesat, tidak pun dituduh sesat

Begitulah apabila ulama sudah tidak takut lagi dengan Allah

Mereka pun menuduh sesuka hati

 

3.8.2001

Menjelang Tidur - 3

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer