warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Apabila Tuhan Tiada Di Hati







Apabila Tuhan Tiada Di Hati




Apabila Tuhan Tiada Di Hati

 

Apabila Tuhan tidak ada di dalam hati bererti jiwa lemah dengan iman

Takut dengan Tuhan pun tidak ada

Jika tidak takut dengan Allah peri kemanusiaan tidak ada atau lemah

Di masa itu hidup mementingkan diri tebal sekali

Apabila peri kemanusiaan sudah punah, fakir miskin terbiar dengan sendiri

Orang yang dapat bala bencana, kurang dipeduli

Anak-anak yatim terbiar, ibu-ibu tunggal, fikir hidup sendiri-sendiri,

masyarakat tidak ambil perhati

Di dalam keluarga membawa haluan sendiri-sendiri

Jiran dengan jiran tidak kenal-mengenali atau tidak peduli-mempeduli

Si kaya tamak, bakhil jadi budaya

Dengan orang yang tidak bernasib baik dihina

Fakir miskin pula sakit hati dengan si kaya atau mereka hasad dengki

Para pemimpin atau orang politik, ramai yang hidupnya berlakon

Menipu rakyat atau mengelirukan rakyat yang sudah hidup sendiri-sendiri

Mereka mahu cari makan di atas rakyat yang sudah tidak bersatu lagi

Di masa ini orang yang jujur dikhianati

Mereka dianggap pengacau dan perosak agama, bangsa dan negara

Orang yang ikhlas dan jujur terpinggir

Orang-orang yang beragama dimusuhi, terutama ulamak

dunia sangat benci

Begitulah kalau peri kemanusiaan sudah punah di dalam hati

Nilai baik dan nilai buruk berubah sekali

Bukan mengikut Al Quran dan As Sunnah

Tapi mengikut ukuran hawa nafsu manusia

yang peri kemanusiaannya sudah punah

 

1.1.2003 2

Selepas Zuhur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer