warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Apabila Sifat Malu Sudah Tiada







APABILA SIFAT MALU SUDAH TIADA




Apabila Sifat Malu Sudah Tiada

 

Jika malu sudah tercabut daripada hati manusia

Hatinya sudah tidak terasa lagi apa yang dia cakap dan apa yang dia buat

Dia akan bercakap apa sahaja tanpa disukat

Dia juga berbuat apa sahaja tanpa memikir akibat

Orang yang tidak malu, Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya

Tuhan ada atau tiada dia tidak lagi ambil kira

Yang dia fikir aku adalah bebas, aku boleh buat apa sahaja

Kebebasanku jangan disekat, orang lain peduli apa

Bercakap lucah boleh aja, mencarut tidak mengapa

Pegang dan tepuk perempuan perkara biasa

Pada aku tidak ada pantang larangnya

Apa orang hendak kata, biarlah apa dia hendak kata

Banyak orang cacat hati, dia tidak terasa apa-apa

Hatinya telah kebal daripada merasa malu dengan manusia

Orang pun telah bercakap-cakap tentang dia

Bukan dia malu bahkan terasa megah pula dia rasa

Begitulah  jika sifat malu pada seseorang sudah tidak ada

Padahal malu itu perbezaan di antara haiwan dan manusia

Apabila malu sudah tercabut daripada hati manusia

Itulah dia haiwan yang berupa manusia yang melata

 

Menjelang tidur

9/12/02

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer