warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Apabila Penyelamat Tiba







Apabila penyelamat tiba





Apabila penyelamat tiba

 

Apabila penyelamat tiba, banyak golongan yang terbiar selama ini terbela semula

Rahmat dan barakah dari Allah di dalam kehidupan sangat ketara

Segala-galanya Allah Taala mempermudah

Segala-galanya ditolong dan dibantu

Orang-orang yang keras hatinya, dilembutkan hatinya

Yang terbiar agamanya, mereka sedar semula

Yang toleh menjadi soleh, yang soleh bertambah soleh

Fakir miskin, ada sahaja yang memberi makan minum

Yang tidak berpakaian, ada sahaja orang yang memikirkannya

Mereka yang tidak ada tempat tinggal, ada sahaja orang yang bertanggungjawab membinanya

Penjahat-penjahat dan perompak-perompak menjadi pembela

Maruah-maruah kaum wanita sangat dijaga

Bahkan maruah mereka sangat tinggi dan mulia

Tidak ada orang yang terzalim dan teraniaya

Kawan-kawan dan anak-anak disayangi, para pemimpin dikasihi

Para ulama yang sejati dihormati

Orang-orang tua diberi simpati dan dimuliakan

Orang-orang yang jahil diberi ilmu dengan percuma

Ilmu tidak ada lagi dijual beli

Orang-orang kaya pembela makan minum dan pakaian mereka

Para ulama pembela agama mereka

Para pemimpin pembela keadilan mereka

Pasukan keselamatan pembela keselamatan mereka

Bahkan semua aspek kehidupan manusia dapat pembelaan

Begitulah berkatnya kedatangan penyelamat yang ditunjuk oleh Tuhan

Ia pasti berlaku di alaf  baru ini

 

19.1.2000 (12 Syawal 1420)

Lepas Asar

Khabar gembira buat kita semuanya

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer