warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www/hikmah/html/program/lib.php on line 582.

Apabila Pemimpin Atau Guru Hanya Pandai Memberi Ilmu







Apabila Pemimpin Atau Guru Hanya Pandai Memberi Ilmu





Apabila Pemimpin Atau Guru Hanya Pandai Memberi Ilmu

 

Apabila pemimpin atau guru hanya pandai memberi ilmu

Mengasuh dan mendidik tidak pandai

Apatah lagi diri pula tidak terdidik

Murid atau orang yang dididik hilang identitinya

Rupanya sahaja manusia perangainya syaitan atau haiwan

Haiwan dan syaitan yang berupa manusia

Gambarkanlah manusia yang bersifat syaitan dan haiwan yang berperanan

Apakah akan terjadi kepada kehidupan insan?!

Sudah tentu yang terjadi di kalangan manusia, nafsunya yang berperanan

Makan, minum, tidur, kahwin, berkelahi dan merosakkan

Apatah lagi syaitan dan haiwan yang rupa manusia itu berilmu pengetahuan

Pergaduhan dan perkelahian mereka lebih terancang

Kejahatan mereka lebih luas dan merata

Di waktu itu terjadilah perpecahan di dalam keluarga, puak, masyarakat dan bangsa

Kasih sayang hilang, timbang rasa tiada, peri kemanusiaan gersang

Ketakutan menghantui manusia

Musnahlah ketenangan, hilanglah bahagia

Pertemuan sesama manusia sudah tidak indah lagi

Tidak bertemu manusia tidak boleh hidup keseorangan

Apabila bertemu hanya secara terpaksa

Pertemuan itu penuh bimbang

Keindahan pertemuan hilang

Bahkan sentiasa bimbang

Kerana keharmonian sudah tidak ada

 

11.7.2001

Menjelang tidur

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer